Malaysia Dominasi Sukan Terjun Di Sukan SEA Vietnam

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malaysia berjaya menyapu dua lagi pingat emas yang ditawarkan dalam acara terjun pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Kejayaan pertama kontinjen negara berjaya dihasilkan oleh penerjun berpengalaman, Ooi Tze Liang yang berjaya mengumpul 377.70 mata keseluruhan untuk menguasai acara 1m papan anjal individu lelaki.

Seorang lagi penerjun lelaki, Bertrand Rhodict berjaya mengiringi Tze Liang menaiki podium dalam acara berkenaan selepas pengiraan semula markah keseluruhan membolehkan dia meraih pingat gangsa.

Tidak lama kemudian, giliran gandingan Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying pula menghadiahkan pingat emas keempat buat Malaysia selepas menjuarai acara 3m papan anjal serirama.

Dua pingat emas pertama Malaysia semalam berjaya disumbangkan oleh pembawa Jalur Gemilang, Nur Dhabitah Sabri (1m papan anjal) dan pasangan Tze Liang-Chew Yi Wei dalam acara 3m papan anjal seirama. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat