Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini menggunakan apa sahaja saluran media dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada Israel dan kuasa-kuasa barat.

Ketuanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan polis Israel melakukan provokasi dan kekerasan ke atas penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam adalah satu tindakan tidak bertamadun dan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hal demikian Nazir menyeru semua memanfaatkan segala medium yang ada sama ada melalui media sosial mahu pun media cetak dan penyiaran untuk menggerakkan bantahan kita.

“Pemuda UMNO Titiwangsa turut menyambut baik langkah Wisma Putra mengklasifikasikan tindakan Israel ini sebagai zalim dan mahukan kerajaan Israel dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Kenyataan berani ini harus diikuti dengan tindakan lebih pro-aktif mempengaruhi kuasa besar dunia bagi menekan Israel agar menyelesaikan konflik terbaharu ini secara aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nazir memberitahu, bagi kita semua umat Islam yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan kemampuan menentang secara fizikal, marilah kita sama-sama menggunakan kuasa doa untuk memohon pertolongan Allah SWT.

“Marilah kita semua semua umat Islam di negara ini menggunakan kekuatan doa dalam solat lima waktu dan qunut witir untuk mendoakan kebaikan dan keselamatan kepada saudara kita di Palestin,” ujar beliau.

Kata Nazir dalam ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri, Israel memilih untuk mewujudkan ketegangan dan kekacauan di sekitar masjid al-Aqsa. -SuaraTV

“Israel yang suatu ketika dahulu menjadi mangsa kekejaman Nazi Jerman sepatutnya lebih memahami prinsip kedamaian dan kemanusiaan, malangnya mereka berubah menjadi sebuah kerajaan pemangsa sama sama seperti Nazi pimpinan Aldof Hitler,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat