Langgar SOP: ‘Awie Sudah Bayar Denda’ – Pengurus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini.

Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock tanah air itu, Mubarak Akhtar sepertimana dilapor portal The Star pada Ahad.
“Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda,” kata Mubarak.

Terdahulu, satu video klip berdurasi 42 saat di media sosial memaparkan beliau bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Melaka tular di media sosial.

Susulan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman pada pagi Ahad berkata polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video tersebut.

Tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di majlis itu.

Awie ketika dihubungi Astro AWANI berkata akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.

“Saya akan ke Melaka esok (Isnin) untuk beri keterangan di IPK Melaka, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat