MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

- Advertisement -

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE),

Sumbangan wang tunai tersebut  adalah untuk menampung kos perubatan Norashikin, kata Pegawai Khas YAB Menteri Besar Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

“Kali ini rezeki saya bertemu Norashikin Azizan, 24 tahun, di rumahnya di Kg Ulu Gali, Raub.

“Sebelum ini, dua kali kunjungan saya ke rumah Shikin hanya berkesempatan menemui ibu bapanya, disebabkan keadaan Shikin ketika itu agak lemah dan dinasihati doktor agar tidak bertemu orang lain,” kata Fadzli ketika mewakili Wan Rosdy menyampaikan sumbangan tersebut, di sini.

Shikin,  24 tahun, menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE), iaitu penyakit kronik auto-imun di mana antibodi bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri.

Penyakit ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, saraf, atau organ-organ lain di dalam badan, ujar Fadzli.

“Kunjungan saya kali ini adalah bagi menyampaikan sumbangan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang berjumlah RM5,000 bagi menampung kos perubatan Shikin.

“Sekalung budi kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana sentiasa cakna dan mengambil berat soal kebajikan rakyat,” jelas beliau.

Tedahulu, Shikin baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris di UIA pada Januari lalu. Anak sulung daripada 5 beradik ini bukan sahaja pintar dalam pelajaran, tetapi seorang yang rajin dan berdikari kerana sanggup berniaga online semasa belajar di UIA bagi membantu meringankan beban keluarganya. Bapanya seorang penoreh getah, manakala ibunya menjual kuih-muih.

Shikin disahkan mengidap SLE pada bulan Mac lalu dan mendapat rawatan berkala di hospital Lipis. Berat badan Shikin turun mendadak daripada 45kg kepada 30kg sejak menghidap penyakit ini. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat