PRK DUN Chini: SPR Mesyuarat Jumaat Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat depan berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.

Katanya, SPR telah menerima makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad semalam berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Chini berikutan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun pada Rabu lalu.

“Berdasarkan Perkara 26 Fasal (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, SPR akan mengadakan PRK bagi kerusi DUN itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang dipastikan oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mesyuarat Jumaat depan akan membincangkan tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

Abu Bakar, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat