Pertukaran Kerajaan Kedah Dalam Masa Terdekat?

- Advertisement -

Desas-desus pertukaran kerajaan di Kedah yang hangat diperkatakan kini memasuki ‘pusingan akhir’ dan satu pengumuman mengenainya dikatakan akan dibuat dalam waktu terdekat.

Sumber berkata, ia adalah disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini semakin pincang termasuk hilang sokongan daripada partinya sendiri.

Menurutnya, untuk itu Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan Umno mempunyai peluang yang begitu besar untuk mengambil-alih kerajaan negeri selepas Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan Mac lalu.

“Satu pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi dan kita yakin ia adalah jalan keluar kepada isu politik di Kedah.

“Secara dasarnya, perubahan kerajaan negeri akan tetap berlaku kerana PH tiada majoriti, berpecah yang tidak dapat dikawal dan menunggu masa untuk tumbang,” katanya di Kuala Lumpur.

Ketika ini, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Pas mempunyai kerusi terbanyak iaitu 15 diikuti PKR (tujuh), Bersatu (enam), Umno (dua) Amanah (empat) dan DAP seramai dua orang.

Menurut sumber, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara berkenaan yang dikatakan mencapai kata muktamad.

Khamis lalu, Pas Kedah secara terbuka memaklumkan mereka bersedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam PH Kedah.

Dalam kenyataan medianya, Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Yahaya sebelum ini berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Dr Robert Ling Kui Ee secara terbuka mempertikaikan keputusan pemecatan timbalannya di Cabang PKR Sungai Petani menunjukkan beliau tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan PH.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga menggesa kerajaan PN campur tangan untuk mengatasi kemelut itu demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, beliau dan seorang lagi Adun Barisan Nasional (BN) Datuk Suraya Yaacob menyerahkan kepada pucuk pimpinan dan akur dengan sebarang keputusan mengenainya.

Menurutnya, sebagai antara ‘penyumbang’ dalam MN, mereka berdua yakin akan ada keputusan yang baik untuk rakyat negeri Kedah.

“Memang ada perbincangan berhubung kepimpinan negeri. Apa juga keputusan, kami ikut MN dan itu sudah dipersetujui sejak awal lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat