KWSP Lulus Pengeluaran i-Lestari RM500 Sebulan Kepada 3.5 Juta Pencarum

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...

KOTA KINABALU — Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lepas, kataTimbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata setiap pencarum yang telah mendapat kelulusan KWSP, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke akaun masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.

“Inisiatif i-Lestari KWSP yang melibatkan peruntukan sebanyak RM40 bilion akan menyediakan kecairan dalam ekonomi negara secara purata RM3.3 bilion sebulan.

Agregat kecairan ini diperlukan bukan sahaja bagi menolong rakyat untuk mendapatkan pendapatan boleh guna ,tetapi juga akan mewujudkan kecairan dalam pasaran yang diperlukan oleh sektor peruncitan, wang bertukar tangan dan mewujudkan kesan berganda pada ekonomi negara,” katanya.

Abdul Rahim berkata adalah diketahui bahawa sektor peruncitan terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19.

Darurat kesihatan yang tidak pernah berlaku dahulu ini telah menguncupkan aliran tunai di pasaran akibat ramai rakyat tempatan kehilangan sumber pendapatan dan ditambah lagi dengan lenyapnya berbilion ringgit pendapatan dari pelancong luar negara akibat kemerosotan sektor perkhidmatan pelancongan, katanya.

Beliau berkata bagi membangunkan semula ekonomi, ia akan memerlukan masa kerana gelombang pandemik virus ini menjejaskan semua pihak di seluruh dunia dan diharap dapat diredakan dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun dan semua sektor dapat dipulihkan semula.

Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kabinet Ambil Maklum Keputusan Agong Tiada Darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi. Perdana Menteri Tan Sri...

Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan perlu dihormati dan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengimbangkan pelbagai...

Laju Mat Sabu Ambil Kesempatan, Kata Najib

KUALA LUMPUR- Tidak menunggu lama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu kerana memuat naik hantaran...