‘Kasi Peluang’ Dr Noor Hisham rehat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Sesuatu yang pelik berlaku hari ini. Mana tidaknya, semestinya sebahagian besar rakyat tertanya ke mana ‘menghilangnya’ Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Lebih menghairankan, sidang media  Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memaklumkan perkembangan terkini COVID-19 yang biasanya disampaikan Dr Noor Hisham, tiada hari ini .

Selepas setiap hari, pada setiap petang mengetuai sidang media harian perkembangan wabak itu, untuk pertama kalinya kelibat Dr Noor Hisham yang dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) itu, tidak kelihatan di televisyen hari ini.

Namun, usah khuatir rakyat Malaysia, ketiadaan susuk tubuh  yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media serta sebahagian besar rakyat itu, sebenarnya diberikan cuti.

Dr Noor Hisham menerusi Facebooknya menjelaskan beliau bersama sebahagian pasukannya diberi peluang untuk berehat daripada tugas.

“Pada petang ini saya dan sebahagian pasukan saya diberi peluang untuk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dalam respons dan kesiapsagaan KKM menghadapi penularan jangkitan COVID-19.

Walaupun tiada sidang media dijadualkan pada hari ini, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini berkaitan status jangkitan COVID-19 dalam negara,” tulisnya di Facebook beliau, yang kini mempunyai hampir 600,000 pengikut.

Berdasarkan kenyataan media KKM petang ini, kes pulih harian adalah 65, sekali lagi mengatasi kes baharu harian iaitu 54 dengan satu kematian.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat