Pembenihan awan di Perak berjaya – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) merumuskan secara keseluruhannya, Operasi Pembenihan Awan (OPA) pada 8 April 2026 di Perak dikategorikan sebagai berjaya.

Menurut MET Malaysia, data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan yang signifikan.

“Perak telah mencatatkan jumlah hujan antara 29.3 mm hingga 84.8 mm (jam 6:00 petang 8/4/26 – 2:00 pagi 9/4/2026) manakala purata curahan hujan 5-50 mm/hr.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal.

“Operasi Pembenihan Awan dilaksanakan oleh MET Malaysia sebagai langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Operasi ini mensasarkan kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan Temenggor. Pesawat TUDM berlepas dari Pangkalan Subang pada jam 1.50 petang dan tiba dilokasi sasaran pada jam 2.25 petang. Pembenihan awan bermula di Empangan Bukit Merah pada jam 2.45 petang dan di Empangan Temenggor pada jam 3.05 petang.

“Keseluruhan operasi selesai pada jam 3.30 petang. Teknik yang digunakan adalah semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada ketinggian 5200 – 7000 kaki.

“Semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang sangat aktif di zon sasaran. Faktor keberkesanan operasi turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera yang tinggi serta keadaan atmosfera yang tidak stabil, yang secara teknikalnya memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap setelah proses pembenihan dilakukan.

“Berdasarkan data cerapan radar cuaca, aktiviti hujan mula dikesan di kawasan sasaran seawal jam 3:30 petang. Hujan dicerap turun di kawasan tadahan (catchment area) Empangan Bukit Merah bermula jam 6:00 petang dan berlarutan sehingga jam 2:00am pada 9/4/2026,” katanya

Secara keseluruhannya, liputan hujan telah berjaya merangkumi kawasan tadahan utama bagi empangan yang terlibat, jelas MET Malaysia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat