Pahang biayai kos rawatan penjawat awam dan pesara negeri – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang bersetuju membiaya kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), Kuantan, berkuat kuasa mulai April 2024.

Menurut Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri secara berterusan dalam memastikan kebajikan penjawat awan terus dijaga.

Jelas beliau, pembiayaan kos rawatan ini meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implant.

“Kerajaan Negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 3 April 2024 telah bersetuju membiaya kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), Kuantan, berkuat kuasa mulai April 2024.

“Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri secara berterusan dalam memastikan kebajikan penjawat awan terus dijaga,”

“Pembiayaan kos rawatan ini meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implant,” katanya menerusi kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, pembiayaan kos rawatan bagi kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Berkanun (PBB) ditanggung agensi masing-masing.

Katanya, pembiyaan ini meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implant adalah ditanggung agensi masing-masing.

Keputusan ini secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.

“Saya mengharapkan menerusi pembiayaan ini, penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri dapat menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di SASMEC@IIUM dengan sebaik-baiknya,” ujar Wan Rosdy.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat