Asnaf, warga emas dan anak yatim terima sumbangan beras dari Kedai Emas Perling

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Kedai Emas Perling menyumbang 1,000 kampit beras kepada golongan asnaf, warga emas, rumah anak yatim dan sebagainya.

Pengasasnya, Nurul Aini Muslim berkata sumbangan ini dilakukan kerana menyedari kenaikan harga barangan yang menyukarkan golongan kurang berkemampuan membelinya.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama mereka yang menghadapi cabaran ekonomi.

“Selain itu, usaha ini juga bagi berkongsi rezeki dan mencari keberkatan dalam perniagaan yang saya lakukan” katanya selepas majlis program infaq ‘ Kedai Emas Perling prihatin’ disni semalam.

Dengan harapan sumbangan ini dapat membawa kelegaan kepada mereka yang memerlukan, Kedai Emas Perling prihatin berusaha untuk menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna untuk golongan memerlukan.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi kejayaan dan cabaran perniagaannya yang dimulakan dari bawah.

“Sebelum ini, perniagaan saya boleh dikatakan agak suram dan kurang menyerlah, dari segi sale pula menunjukkan penurunan.

“Jadi, saya mengambil inisiatif bersama kaki tangan untuk melakukan perubahan dari segi bentuk strategi pemasaran dan jualan, Alhamdulillah usaha itu menunjukkan peningkatan sehingga hari ini” ujarnya.

Dengan tagline “Mewah Bergaya Simbol Anggun Wanita Sempurna”, Kedai Emas Perling yang dibuka pada tahun 2016 memiliki dua cawangan antaranya di Taman Perling dan di Paradigm Mall, Johor Bharu juga mempunyai lebih 50 dulang emas yang dipamerkan didalam premis.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang juga bekas arkitek itu turut berkongsi bukan mudah untuk beliau mencapai kejayaan seperti sekarang jika tidak berhadapan dugaan dan cabaran.

“Saya mengambil keputusan dan risiko menjual rumah untuk mendapatkan modal perniagaan, sebelum ini perniagaan kek dan jubah yang diusahakan pernah kecundang.

“Saya menjadikan dugaan itu sebagai motivasi untuk terus bangkit” jelasnya.

Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak RM5 bagi setiap gram emas yang dibeli khas buat pelanggan kelahiran negeri Johor.

Emas Perling turut menawarkan lebih 1,500 pilihan cincin dan lebih 800 jenis pilihan rekaan rantai tangan, ‘gold bar’ dan dinar emas, sekali gus menjadi pilihan peminatnya yang tersendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat