50kg sisa sampah dikutip sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU)

- Advertisement -

BENTONG: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora telah berjaya mengutip 50kg sisa sampah yang dibuang oleh pengguna Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) yang ingin pulang ke Kelantan sepanjang 4 kilometer.

Menerusi perkongsian Facebook Majlis Perbandaran Bentong, ‘Program Plogging’ dan ‘Litter Picking’ ini bermula dari simpang lampu isyarat Benus.

“Program plogging dan litter picking bersama SWCorp dan Alam Flora telah dilaksanakan di Central Spine Road (CSR).

“Seramai 30 warga kerja telah menjalankan aktiviti litter picking di sepanjang jalan CSR sejauh 4 kilometer bermula dari simpang lampu isyarat Benus.

“Aktiviti yang bermula pada jam 8.45 pagi ini berjaya mengutip anggaran sisa sebanyak 50kg,” kata Majlis Perbandaran Bentong.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai keadaan sampah sarap bertaburan di sepanjang laluan di LTU Merapoh-Gua Musang, dengan ketiadaan kemudahan hentian Rehat dan Rawat (R&R) dikatakan menjadi alasan utama.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sudah pun membawa isu berkaitan pembuangan sampah di tepi bahu jalan laluan LTU kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ujarnya, tindakan tertentu harus diambil sementara menunggu kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) siap dibina yang akan mengambil sedikit masa.

“Mungkin ada usaha dalam jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah ini termasuk kita akan minta pihak berkaitan untuk pantau perkara itu supaya boleh membantu perkara yang perlu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat