- Advertisement -
MOSCOW: Sebanyak 94 peratus warga emas menghasilkan antibodi terhadap COVID-19 selepas disuntik dengan vaksin EpiVacCorona Russia, menurut Ketua Lembaga Penyelidikan Vektor Russia, Yekaterinburg yang menghasilkan vaksin itu.
“Kami yakin vaksin dapat digunakan oleh semua orang berusia lebih 18 tahun dan akan melakukannya untuk orang muda.
“Kami memahami suntikan vaksin menghasilkan keputusan antibodi berkesan dalam 94 peratus kes,” menurut laporan berita Sputnik yang memetik Alexander Semyonov daripada rancangan Soloviev Live YouTube.
Vaksin EpiVacCorona dibenarkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas pada Mac lalu. – BERNAMA