Tarikan hutan 130 juta tahun

TENANG dan segar sebaik menjejakkan kaki di Kampung Kuala Sat, Pahang sekali gus mengembalikan nostalgia perkampungan dulu-dulu.

Bagi yang sekian lama berada di bandar kerana kesibukan kerja, ini antara destinasi yang sesuai untuk kembali ke zaman penuh kedesaan terutama pada cuti sekolah dan hujung minggu.

Pada sebelah malam, tidur anda didodoi dengan bunyi cengkerik dan unggas manakala pada sebelah pagi pula kokokan ayam akan mengejutkan anda daripada tidur.

 

MENIKMATI keindahan awan karpet di Gunung Milung.
MENIKMATI keindahan awan karpet di Gunung Milung.

 

Dikelilingi landskap indah hutan menghijau dan sungai mengalir tenang, Kampung Kuala Sat mempunyai pakej lengkap untuk yang inginkan percutian santai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Kampung Kuala Sat antara salah sebuah kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri adab Melayu yang terletak di pesisiran Sungai Tembeling.

Terletak kira-kira 80 kilometer (km) dari bandar Jerantut, lokasi ini amat sesuai untuk menjadi destinasi ekopelancongan yang menyediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjungnya.

 

SEBAHAGIAN pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Sat Expeditions.
SEBAHAGIAN pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Sat Expeditions.

 

Mempunyai hutan kekal berusia 130 juta tahun yang masih terpelihara, khazanah flora dan fauna di sini unik berbanding di tempat lain.

Lebih menarik, kawasan ini dibangunkan penduduk setempat yang menjadi watak penting dalam memajukan kawasan ini sebagai destinasi ekopelancongan.

Jadi tidak hairanlah, keunikannya berjaya menarik kehadiran pengunjung di dalam dan luar negara untuk merasai suasana kampung sebenar.

Pengasas Sat Expeditions, Mohd Asri Abdul Wahab berkata, perkampungan ini lebih dikenali dengan nama Taman Ikan dikawal selia Komuniti Kampung (myKP).

 

KAMPUNG Kuala Sat, kaya khazanah flora, fauna unik menjadi destinasi ekopelancongan kerap dikunjungi.
KAMPUNG Kuala Sat, kaya khazanah flora, fauna unik menjadi destinasi ekopelancongan kerap dikunjungi.

 

Katanya, Taman Ikan itu cukup dikenali dalam kalangan pelancong berikutan kos yang murah untuk menikmati suasana hutan Taman Negara yang cuma dipisahkan oleh Sungai Sat.

“Menariknya penduduk kampung di sini turut memainkan peranan bersama-sama membangunkan kawasan ini untuk menjadi pelancongan menarik.

“Jadi ia secara tidak langsung menyediakan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat terutama kepada golongan muda dalam sektor pelancongan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini,

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik boleh dijalankan di sini seperti berkayak, kampung trekking, melawat Orang Asli suku kaum Batek dan menggagau siput.

 

BERPELUANG mandi sungai.
BERPELUANG mandi sungai.

 

“Selain itu, anda boleh berkhemah, aktiviti memancing, menyusuri sungai dengan tiub dan sebagainya.

“Paling menarik, pengunjung dapat bermain dengan ikan liar seperti ikan kelah dan spesies lain yang jinak di santuari Sungai Sat,” katanya.

Katanya, di sini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat makan, ruang solat untuk keselesaan pengunjung.

“Saya mengesyorkan kunjungan pada hujung Februari sehingga hujung Oktober kerana pada ketika itu keadaan cuaca kebiasaannya sangat baik,” katanya.

 

KEINDAHAN alam semula jadi.
KEINDAHAN alam semula jadi.

 

Mohd Asri berkata, jumlah kehadiran pelancong agak berkurangan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, sejak kerajaan membenarkan rentas daerah, keadaan kembali pulih apabila menerima kunjungan pelancong domestik.

“Harapan saya semoga Kampung Kuala Sat, akan lebih dikenali seluruh rakyat Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan yang paling unik,” katanya.

 

MENYUSURI sungai di sekitar Kampung Kuala Sat.
MENYUSURI sungai di sekitar Kampung Kuala Sat.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...