Wanita Dedah Skandal Seks Clinton-Lewinsky, Meninggal Dunia

- Advertisement -

Linda Tripp, wanita yang mendedahkan skandal seks bekas Presiden Clinton bersama bekas pelatih di Rumah Putih, Monica Lewinsky, meninggal dunia semalam, lapor Aol.com.

Beliau berusia 70 tahun.

Pada tahun 1997, Tripp menyerahkan 22 jam rakaman perbualannya dengan Lewinsky secara rahsia mengenai hubungan wanita muda berkenaan dengan Presiden Amerika pada waktu itu kepada pendakwaraya khas, Ken Starr.

Trip berkawan dengan Lewinsky Ketika bertugas di Pentagon.

Clinton yang pada mulanya menafikan perkara tersebut, (kemudian mengakui pernah mengadakan hubungan dengan Lewinsky) yang membawa kepada perbicaraan untuk menyingkirkannya dari jawatan Presiden pada 1999.

Beliau kemudian dibebaskan oleh Senat negara berkenaan pada tahun 1999 selepas perbicaraan selama 21 hari.

Kepada penyokong Clinton, Trip adalah seorang penjahat tapi Tripp tidak pernah merasa bersalah tentang apa yang dilakukannya dan menegaskan perbuatan seorang Presiden ke atas bekas pelatih Rumah Putih itu, perlu didedahkan.

Lewinsky sendiri menyifatkan Tripp sebagai pengkhianat kerana merakam perbualan mereka berdua secara rahsia dan kemudian mendedahkannya sehingga membuatkan hidupnya huru-hara. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat