Sempena ulang tahun ke-20 jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini (RR), satu majlis pelancaran istimewa telah diadakan bagi meraikan pencapaian jenama ini dalam industri fesyen. Sambutan ulang tahun ini turut menyaksikan pembukaan rasmi RR Raya Pop-Up Store di level G West Wings IOI Mall Putrajaya, memberikan peluang kepada para peminat untuk mendapatkan koleksi eksklusif dengan harga istimewa.
Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan sesi Meet & Greet bersama pereka duo terkenal Rizman dan Ruzaini serta selebriti Mila Firzah. Turut memeriahkan acara ini adalah persembahan daripada artis terkenal seperti Bunga dan Jaclyn Victor, yang telah menghiburkan kepada para hadirin.
Bagi meraikan ulang tahun istimewa ini, Rizman Ruzaini memperkenalkan koleksi khas yang direka khusus untuk peminat setia jenama ini. Pop-up store yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini menawarkan pelbagai koleksi RR dengan potongan harga sehingga 70%, termasuk beberapa koleksi daripada tahun sebelumnya yang kini tersedia dengan diskaun eksklusif.
Selain itu, jenama RR turut melancarkan koleksi “Barzanji” yang pada asalnya tidak dirancang untuk dikeluarkan tahun ini. Namun, atas permintaan tinggi daripada peminat, koleksi ini tetap diperkenalkan dalam versi yang lebih sederhana dengan tiga jenis rekaan istimewa. Setiap helaian dalam koleksi ini menampilkan elemen eksklusif yang mencerminkan keunikan jenama RR.
Jenama ini turut memperkenalkan “Empire Collection” yang menampilkan sentuhan kemewahan dan eksklusif, diinspirasikan daripada keagungan fesyen diraja. Dengan tema ‘Empress’ untuk Hari Raya tahun ini, koleksi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk tampil anggun dan elegan. Koleksi ini dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad, menekankan aspek eksklusiviti.
Dalam usaha untuk terus berkembang, Rizman Ruzaini turut mengumumkan rancangan mereka untuk memperluaskan lagi jenama ini dengan memperkenalkan koleksi sepanjang tahun seperti Spring/Summer dan Fall/Winter. Ini bertujuan memastikan jenama RR kekal relevan dan menjadi pilihan utama peminat fesyen tanpa mengira musim.
Menurut Rizman, pemilihan IOI Mall Putrajaya sebagai lokasi pop-up store adalah satu langkah strategik kerana pusat membeli-belah ini bukan sahaja menjadi tumpuan komuniti setempat tetapi juga menarik pelanggan dari kawasan berdekatan seperti Nilai, Kajang, dan Bangi. Dengan penempatan butik pertama RR di lokasi ini, ia memberi akses lebih mudah kepada peminat yang ingin mendapatkan koleksi eksklusif tanpa perlu ke Kuala Lumpur.
Selain itu, RR turut mengumumkan perancangan mereka untuk membuka butik baru di Kuala Lumpur pada tahun ini, selaras dengan visi jenama untuk terus berkembang dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa.
Sambutan ulang tahun ke-20 Rizman Ruzaini bukan sahaja memperkukuhkan jenama ini dalam dunia fesyen, tetapi juga membuktikan komitmen mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan setia. Dengan pelbagai koleksi eksklusif, tawaran istimewa, serta perancangan besar untuk masa depan, RR terus melakar kejayaan dalam industri fesyen tanah air. Para peminat fesyen diundang untuk mengunjungi RR Raya Pop-Up Store di IOI Mall Putrajaya sepanjang bulan Ramadan ini bagi merasai sendiri keistimewaan yang ditawarkan oleh jenama fesyen terkemuka ini.