e-RPH bantu proses PdP lancar dan efisien – KP Kemas

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SEREMBAN – Sistem e-Rancangan Pengajaran Harian (e-RPH offline) merupakan dokumen penting bagi membantu pendidik masyarakat merancang dan mengarahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Amanat KP Kemas Tahun 2024 di sini pada Khamis.

Menurut Ahmad Kamal sistem e-RPH offline adalah sebagai satu tempoh transisi sebelum pelaksanaan secara menyeluruh bermula September ini ke arah pendigitalan supaya pendidik lebih kompeten dalam usaha membantu memastikan proses PdP berjalan lancar dan efisien.

Menurutnya, buat masa ini e-RPH offline dibangunkan sendiri oleh pendidik masyarakat tabika Kemas dan akan diperluaskan untuk digunakan di tabika Kemas seluruh negara.

“Sistem ini inisiatif pihaknya untuk merealisikan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi mewujudkan persekitaran digital melalui pelaksanaan latihan berterusan berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan di tabika Kemas , ”katanya.

Katanya lagi, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi tahun ini dan 2025 bagi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Kemas terus terbela.

Dalam pada itu, tahun ini Kemas mensasarkan 4,145 lagi kelas tabika Pra Tahfiz Kemas bakal dibuka melibatkan 62,175 kanak-kanak dengan sasaran 60% supaya mereka dapat menguasai 20 surah termasuk surah Juz Amma dan surah pilihan.

“Pemikiran, way forward dan hala tuju kita pada hari ini sebagai kakitangan kerajaan terus komited mendukung konsep neutrality dan goverment of the day sepertimana yang telah digariskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Mohd Zuki Ali, ” ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat