JAWI mantapkan institusi keluarga

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Keluarga merupakan unit kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat yang melahirkan generasi berkualiti seterusnya membina sebuah negara yang sejahtera.

Justeru, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) secara khususnya telah mengambil tindakan bagi memantapkan kefahaman serta program keilmuan pembinaan keluarga madani kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama pada program Seminar Keluarga Madani di Kompleks Islam Putrajaya pada Khamis.

Mohd Na’im berkata, masjid dan surau di Wilayah Persekutuan perlu terus memperkukuh peranannya untuk menyatu serta membina potensi keluarga dengan menganjurkan program kerohanian dan kekeluargaan.

Menurutnya, bagi memudahkan orang awam mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara mengenai aspek kehidupan merangkumi isu perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta permasalahan lain, pihaknya telah menyediakan khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan di pejabat JAWI.

“JAWI menyediakan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di UTC Pudu Sentral, UTC Keramat, Surau Al-Iman Presint 9 dan di Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya.

Selain itu, Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA) di Masjid Usamah, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang mempunyai fungsi dan peranan yang sama seperti di PKKSK, ”katanya.

“ Perkhidmatan KSKCare Centre (KSKCC) turut disediakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menggunakan pendekatan kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie.

JAKIM atas dasar taawun turut berkolaborasi dengan Kolej Dar Al-Hikmah Sungai Ramal Kajang, Masjid Al-Azim Melaka, UTM Skudai dan Hospital Sungai Buloh menyediakan KSKCC bagi memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan tersebut, ”katanya lagi.

“Pihaknya akan terus melaksanakan program-program pembangunan keluarga madani berteraskan kepada tiga prinsip iaitu Sakinah, Mawaddah dan Rahmah (ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan), ”ujarnya

Dalam pada itu, forum ‘From Home To Jannah‘ telah disampaikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dato’ Dr. Fariza Md Sham dan Jurulatih Utama Tadabbur Centre Sdn. Bhd, Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman manakala moderator, Ustaz Ahmad Fathi Muhammad dari JAWI.

Seminar ‘Keluarga Madani Asas Kesejahteraan Ummah’ dianjurkan oleh JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena sambutan Jubli Emas ke 50 Tahun JAWI.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat