Ramai sudah hilang keyakinan kepada pembangkang – PM Anwar

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutamanya Parti Bersatu.

Beliau berkata demikian ekoran beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan pendirian untuk menyokong kerajaan perpaduan pimpinannya.

Dalam pada itu, cabaran Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar Kerajaan Persekutuan untuk mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor di kosongkan, Perdana Menteri berkata perkara itu terpulang kepada Ahli Parlimen serta Adun terbabit.

“Orang sudah hilang keyakinan kepada Bersatu terutamanya,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Polis Diraja Malaysia, pada Sabtu.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terbaru, ADUN Selat Klang dari Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari..

Bekas Pengerusi Bersatu Selangor itu memaklumkan tindakan mengalih sokongan beliau itu akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.

Tegas beliau, ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat