351 Mangsa Banjir Di Selangor Masih Berlindung Di PPS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Mangsa banjir di Selangor terus berkurangan setakat jam 5 petang hari ini dengan 351 orang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa itu membabitkan 103 keluarga.

“Mereka terdiri daripada 93 lelaki dan 94 wanita serta lebih 100 kanak-kanak.

“Selain 24 warga emas, mangsa turut melibatkan 15 bayi lelaki dan perempuan,” katanya.

Menurutnya, enam PPS yang masih dibuka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan (Sepang) yang menempatkan 111 orang, Dewan Kampung Melayu Sri Kundang (Gombak) (82) dan

Dewan Kenanga Seksyen 28 (Shah Alam) (79).

“Selain itu, turut menempatkan mangsa adalah Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang (Kuala Langat) iaitu 38 mangsa, Masjid Putra Height (Subang Jaya) (30) dan Dewan Orang Ramai Sri Permata (Gombak) (11),” katanya.

“Sebuah lagi PPS di Balai Raya Orang Asli Bukit Serdang, Kuala Langat masih dibuka, namun tiada mangsa setakat ini,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat