Lot lot rumah diberi untuk generasi kedua Felda – Ismail Sabri

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan lot-lot rumah kepada kepada generasi kedua Felda.

Menurut Perdana Menteri, menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerajaan akan menyediakan lot-lot rumah bagi generasi kedua membina sendiri rumah mereka menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri.

“Dulu Felda bina rumah, namun banyak isu yang timbul antaranya rumah yang telah siap tetapi tidak mampu dibeli oleh generasi kedua Felda terutamanya yang bekerja sendiri, tiada slip gaji, jadi permohonan mereka dengan bank banyak ditolak.

“Ada juga isu rumah dah siap tetapi tidak dapat membelinya dan orang tidak sepatutnya membeli telah membeli rumah tersebut dan menyewanya semula kepada generasi kedua Felda. Ini bukan perancangan asal Felda,” katanya semasa Majlis Penyampaian Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 di sini hari ini.

Menurutnya lagi, di Johor kerajaan negeri telah menyediakan kira-kira 3,200 lot untuk generasi kedua membina rumah, manakala kerajaan pusat akan membina infrastruktur bagi memudahkan mereka membina rumah.

“Pada masa sama, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan memperuntukkan kira-kira RM60 juta (iaitu RM30 juta kerajaan negeri dan sebahagian lagi kerajaan pusat) bagi pembinaan infrastruktur khusus untuk perumahan generasi kedua Felda,” katanya.

Dalam pada itu, isu air, dan projek Loji Gemalai telah diluluskan dalam RMK-12 dan kini dalam proses setuju terima oleh kontraktor.

Beliau berkata projek Loji Rawatan Air Gembut yang akan terus disalurkan ke Loji Rawatan Air Lok Heng telah diumumkan oleh Setiausaha Kementerian supaya isu ini dapat diselesaikan.

Jelasnya, Kerajaan Persekutuan dan Negeri memberi peruntukan sebanyak RM60 juta untuk membangunkan infrastruktur supaya tiada lagi isu masalah infrastruktur.

Selain itu katanya, peneroka kini beralih ke arah keusahawan dan pihak FELDA bersetuju untuk memberi RM10 juta kepada Tabung Usahawan Belia.

“Bagi mengikitraf peranan belia FELDA, pada mesyuarat agung tempoh hari, saya mengumumkan untuk melantik wakil belia dalam Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

“Pihak Kerajaan mempunyai keyakinan kepada belia untuk menyuarakan pandangan dan buah fikiran untuk memajukan FELDA dan anak belia FELDA.

“Saya telah melantik Pengerusi belia FELDA untuk menjadi Ahli Lembaga engarah FELDA. Tahniah kepada belia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat