Honda Lancar Legend Hybrid EX, Lengkap Dengan Sistem ‘Auto-Pilot’ Tahap 3

Baru-baru ini Honda Jepun telah melancarkan sebuah kereta model sedan mewah yang dikenali sebagai Honda Legend. Ia hanya ditawarkan dalam varian Hybrid EX dengan menggunakan enjin petrol 3.5 liter V6 dan sistem sistem pacuan semua roda Sport Hybrid-All Wheel Drive (SH-AWD).

Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah ia dilengkapi dengan sistem Honda Sensing Elite yang mempunyai ciri bantu-pandu elektronik Tahap 3. Ia bermaksud kereta Honda Legend mempunyai pelbagai fungsi untuk mampu bergerak dan dikawal dengan sendirinya dalam keadaan tertentu.

Kereta ini dapat mempunyai fungsi bantu-pandu untuk meredah kesesakan lalu lintas dengan sendirinya dan pemandu bebas melepaskan stereng kereta dan dapat melakukan perkara lain sementara menunggu kesesakan lalu lintas reda.

Sekaligus ia dapat membantu pemandu dari hilang kawalan akibat kelesuan dan stress menghadapi kesesakan lalu lintas dalam jangka masa yang lama.

vocket-honda-legend-8

SUMBER GAMBAR: MOTOR AUTHORITY

vocket-honda-legend-2

SUMBER GAMBAR: MOTOR AUTHORITY

Honda Sensing Elite ini juga mempunyai fungsi bantu-pandu di lebuh raya. Ia berfungsi bilamana data peta mencukupi yang digunakan sistem bersama dengan data GPS dan sensor onboard posisi kenderaan.

Pada masa yang sama, sistem ini dapat mengesan keadaan pemandu dengan menggunakan kamera pemantau yang dipasang di dalam kenderaan.

vocket-honda-legend-3

SUMBER GAMBAR: MOTOR AUTHORITY

vocket-honda-legend-7

SUMBER GAMBAR: MOTOR AUTHORITY

Kereta ini juga mampu menukar lorong sendirinya bila terdapat kenderaan bergerak perlahan di hadapan. Sistem ini akan memberitahu pemandu terlebih dahulu dan barulah kereta menukar lorong dengan sendirinya.

Walaupun pemandu dapat mengendalikan kereta ini dengan lebih mudah semasa mengaktifkan mana-mana fungsi bantu-pandu, pemandu perlu sentiasa siap sedia untuk mengawal semula kenderaan bila-bila masa.

Sekiranya pemandu tidak bertindak balas terhadap arahan untuk mengambil kawalan semula, sistem ini dirancang untuk membawa kenderaan ke tempat yang selamat untuk berhenti. Ia juga akan menyalakan lampu bahaya (hazard light) dan membunyikan hon pada masa ini untuk memberi amaran kepada pemandu lain.

vocket-honda-legend-5

SUMBER GAMBAR: MOTOR AUTHORITY

vocket-honda-legend-6

Walaupun pengeluar kenderaan lain telah menunjukkan kenderaan dengan sistem bantu-pandu Tahap 3, Honda merupakan jenama pertama menjual kenderaan lengkap dengan sistem ini yang telah pun diperakui oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT).

Model ini bakal dijual pada harga 11,000,000 yen (+-RM416,000)di Jepun. Apa pandangan anda mengenai teknologi baru yang digunakan oleh Honda ini? Adakah anda sendiri lebih selesa mengawal kenderaan ataupun kereta dikawal menggunakan sistem bantu-pandu sendiri? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

The Vocket

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Khatam Al-quran Perdana

RAMADAN tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Umat Islam seluruh pelusuk dunia kini berlumba-lumba melakukan pecutan akhir dalam melipatgandakan amalan pada 10 malam terakhir...

Boleh ‘shooting’ masa PKP

Kuala Lumpur: Aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini dan esok dibenarkan, namun syarikat produksi perlu membuat permohonan Sijil...

Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?

Los Angeles: Buat julung kalinya, filem Superman akan datang bakal menampilkan watak utama dan pengarah berkulit hitam, manakala skripnya ditulis Ta-Nehisi Coates yang juga...