Sarawak bakal jadi Jelapang Padi kedua- Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan menjayakan hasrat Sarawak untuk menjadi antara negeri pengeksport beras.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg begitu bersungguh-sungguh dan serius dalam isu keterjaminan makanan denagn menyasarkan Sarawak mampu manjadi antara negeri pengeksport beras.

“Premier Sarawak juga begitu bersungguh-sungguh dan serius dalam isu keterjaminan makanan dengan menyasarkan Sarawak mampu menjadi antara negeri pengeksport beras.

“Insya-Allah bagi menjayakan hasrat Premier dan Kerajaan Persekutuan menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi kedua negara selepas negeri Kedah, kementerian akan melaksanakan strategi berdasarkan Konsep Pertanian PINTAR,” katanya.

Dalam pertemuan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak pagi tadi, Mohamad memaklumkan, pelbagai perkara yang dibincangkan antaranya usahasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menjaga sekuriti makanan negara.

Menurut Mohamad, antara isu utama yang akan diberikan penekanan adalah berkaitan dengan pengairan untuk pertanian.

“Strategi yang akan digunakan adalah Teras Pertama yang akan memfokuskan kepada Pembangunan Kapasiti Industri dan Infrastruktur. Manakala Teras Ketiga akan diaplikasikan yang berkait dengan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.

“Komitmen dari semua pihak amat dituntut bagi menjayakan aspirasi ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat