Koperasi Tentera agih zakat dan sumbangan cakna veteran ATM RM422,000.00

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) menunaikan kewajipannya dengan membayar zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2022 bernilai RM172,000.00 kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

Penyerahan replika cek sumbangan ini diserahkan oleh Pengerusi Koperasi Tentera Mejar Jeneral Roba’i Rahmat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Penaung Koperasi Tentera dalam satu majlis ringkas di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Mejar Jeneral Roba’i berkata, lebih banyak organisasi serta entiti korporat lain diharapkan dapat turut sama membantu dalam memberikan sumbangan kebajikan kepada anggota tentera, khususnya warga veteran.

“Bantuan seperti ini sedikit sebanyak mampu untuk memberikan suntikan moral serta dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pesara tentera yang memerlukannya, ”katanya.

“Koperasi Tentera bersama agensi lain sentiasa berusaha untuk merealisasikan inisiatif madani Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM sentiasa terbela dan terpelihara, ”ujarnya.

Sementalah itu , Koperasi Tentera dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad, melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut menyalurkan sumbangan kebajikan berjumlah RM250,000.00 kepada anggota veteran serta keluarga yang akan memberi manfaat kepada 500 orang golongan asnaf veteran dari serata negeri.

Koperasi Tentera telah ditubuhkan pada 12 November 1960 antara lain bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota ATM kini mempunyai 25 cawangan, 2 kiosk dan 10 cawangan Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

Koperasi ini telah berkembang dengan pesat dengan jumlah keanggotaan seramai 155,732 orang dengan yuran terkumpul dan modal syer berjumlah RM1.810 mencatatkan pegangan aset terkumpul sebanyak RM3.10 bilion.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Veteran ATM, Mejar Jeneral Shamsirudin Mohd Sharif (B), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohamad Khairul Anuar Mohamed dan Ketua Pegawai Pengedaran Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Yassir Azlin Abdul Ghafar. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat