Calonkan Kampung Baru Cina tapak UNESCO tak cabar hak Melayu – Kor Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO bukan zero sum game.

Justeru, beliau menafikan dakwaan mencabar kepentingan hak orang Melayu selepas mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kor Ming berkata, pelbagai inisiatif kementerian yang diterajui beliau sepanjang 2023 tanpa mengira kaum, membuktikan beliau bukan seperti apa yang didakwa.

Katanya, falsafah kepimpinan KPKT adalah berlandaskan Rukun Negara dan mendukung prinsip Malaysia MADANI dalam hala tuju Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

“Sepanjang 2023, banyak inisiatif mesra rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dilaksanakan KPKT dan sebagai contoh, KPKT melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BKK) memperuntukkan RM42 juta membina rumah baharu atau membaik pulih 2016 buah rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar di bandar.

“Justeru, segala tuduhan berkaitan saya atau kerajaan mencabar kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bagai rantai besi dimakan bubuk adalah tidak masuk akal dan tidak benar.

“Saya menyambut baik cadangan pelbagai pihak untuk mencalonkan Kampung Melayu atau mana-mana tempat berpotensi dan bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO,” katanya lapor BH pada Jumaat.

Zero sum game adalah situasi di mana keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan, Kor Ming mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Susulan itu, kata Naib Pengerusi DAP berkenaan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor akan membincangkan perkara ini dengan lebih teliti membabitkan kampung yang diteroka sejak tahun 1948 itu.

Selasa lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, usaha untuk mewartakan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO tidak perlu dijadikan isu perkauman.

Katanya lagi, cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu masih pada peringkat awal dan tidak ‘sihat’ untuk dimainkan sebagai isu kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat dalam negara berbilang kaum.

“Kita akan tengok, tidaklah semua (kampung) akan diwartakan, jika ada kampung yang berusia ratusan tahun, sudah pasti kita akan mewartakannya seperti kita mewartakan Gombak-Hulu Langat Geopark.

“Sebahagian daripada kawasannya membabitkan kampung Melayu termasuk Kampung Kundang, Kampung Kuang, Selayang, Batu Caves dan Kampung Kemensah,” kata Menteri Besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat