UK’SLAM MUZIKAL Berjaya memberikan persembahan yang bertenaga dan luar biasa..

- Advertisement -

Konsert “UK’SLAM MUSICAL” yang telah berlangsung pada 3 Febuari lalu bertempat di stadium Malawati Shah Alam, Selangor yang dianjurkan oleh Bombay Legend Worldwide bersama Amir Uk’s Entertaiment berjaya menghimpunkan seramai 5000 peminat hadir dan menyaksikan sebuah persembahan yang berjaya memukau peminat kembali ke masa lampau.

Dua Persembahan kumpulan legenda bergenre POP ROCK, UK’s dan SLAM sudah tentunya tidak mengecewakan peminat yang hadir, dengan setiap persembahan berjaya menyusuk masuk ke dalam jiwa setiap penonton yang hadir. Kesemua lagu-lagu yang dipersembahkan setiap lirik penonton turut bernyanyi bersama.

Kedua dua kumpulan Uk’y Dan Slam berjaya membawa gaya masing-masing dan setiap kumpulan ini sudah tentunya mempunyai aura yang berlainan yang membuat penonton memberikan tepukan gemuruh dengan persembahan yang bertenaga daripada kedua dua kumpulan legenda ini.

Persembahan yang berlangsung selama hampir 3 jam menyaksikan kumpulan UK’S sebagai pembuka acara Segmen Pertama. Lagu ‘Rhythm Si Jantung Hati’ menjadi lagu pertama persembahan menyaksikan setiap peminat mula bangun daripada tempat duduk menari dan bernyanyi bersama.  Seterusnya lagu ‘Untuk Apa’, ‘Cintaku’, ‘Kekasihku Di Menara’, ‘Rondo Cinta Buta’, ‘Kau Satu Satunya’, ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’, ‘MEDLEY – Satu Lilin Sehening Malam – Di Luar Kemampuanku dan ‘Kembali Mencari’ menjadi penutup buat segmen pertama solo UK’S.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Seterusnya kumpulan SLAM  mengambil alih pentas untuk segmen kedua solo SLAM dengan membawa lagu pembuka ‘Kembali Merindu’ dan membuatkan seluruh Stadium bergema sekali lagi dengan sorakan peminat. satu demi satu lagu yang pernah menjadi hit kumpulan SLAM seperti ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’, ‘Tak Munkin Berpaling’, ‘Entah Mengapa’, ‘Kurnia’, ‘Rayuan Di Puncak Genting’, ‘MEDLEY – Tiada Aku Jemu – Biarkanlah Dia Pergi – Malam Dan Semalam’, ‘Memtari Muncul Kembali’ dan akhiri segmen Solo SLAM dengan lagu ‘Maria Mariana’.

Kumpulan Slam yang diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).

Konsert ini juga disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi).

Kedua dua kumpulan ini berjaya memberikan persembahan cukup bertenaga dengan kekuatan vokal dan gesekan gitar masing-masing. Seolah olah ramai yang kembali muda remaja turut bergoyang dan bernyanyi bersama tanpa henti dan mengembalikan nostalgia semasa muda remaja.

Segmen seterusnya segmen Akustik kolaborasi duet Kumpulan UK’s dan SLAM, Gabungan harmoni muzik serta kekuatan vokal kedua dua penyanyi berjaya memberikan persembahan yang pasti tidak akan dilupakan oleh penonton yang hadir.

Persembahan Akustik dimulakan dengan lagu ‘Kekasihku’, ‘Ika Kau Rasa Gentarnya’, ‘Seksa’, ‘Nur Kasih’, dan MEDLEY – Sebak – Manisnya Rindu. Setiap gerakan bibir penonton yang hadir turut sononim dengan lagu dan muzik yang dipersembahkan bukti Kedua Kumpulan ini masih mempunyai kekuatan aura yang luar biasa.

Segmen terakhir adalah segmen Eletrik duet UK’s & SLAM  dan barisan lagunya adalah ‘Buat Seorang Kekasih’, Siapa Yang Rampas Cintaku’, Kembali Terjalin- Bila Diri Disayangi’, Gerimis Mengundang -Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Rata- rata yang hadir pada malam tersebut pasti akan pulang dengan senyuman yang lebar dan ini membuktikan Kumpulan UK’s dan Slam masih lagi mempunyai Aura dan peminat yang tidak mengira usia tua muda. Lagu lagu mereka masih lagi menjadi siulan dimana mana sahaja.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat