“Nak tengok Himpunan Ummah sekali lagi, teruskan” – Dr Akmal cabar Kor Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Reaksi Pemuda Umno dilihat sedikit keras dengan syor Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mencabar Kor Ming sekiranya meneruskan hasrat mencalonkan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO ia bakal mengundang Himpunan Ummah 2.0.

“Jika nak tengok Himpunan Ummah sekali lagi seperti zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah 22 bulan dulu,kami cabar Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 untuk teruskan dengan agenda ini!

“Kami cabar! bentak beliau.

Menurut Exco Melaka itu, tiada langsung kompromi apabila soal Islam,Bumiputera dan Raja-raja Melayu.

“Siapa sekalipun yang menentang kita akan lawan habis-habisan,” tegasnya.

Menjelang Tahun Baharu Cina, negara tiba-tiba digoncang dengan polemik isu perkauman susulan timbul cadangan untuk mencalonkan kampung baharu Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO.

Ada beberapa persoalan berbangkit dalam masyarakat susulan cadangan itu antaranya, adakah ia suatu keperluan untuk mengiktiraf kampung berkenaan yang diwujudkan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi mengatasi ancaman pengganas komunis di Tanah Melayu ketika itu.

Sebelum ini, dilaporkan, Kor Ming mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Susulan itu, katanya, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor akan membincangkan perkara ini dengan lebih teliti membabitkan kampung yang diteroka sejak tahun 1948 itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat