KKDW Kementerian paling penting pacu Malaysia Madani – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebuah kementerian amat penting dengan kumpulan sasaran yang besar termasuk mempunyai tanggungjawab yang signifikan melalui agensi-agensi serta program-program yang ditawarkan untuk membina negara bangsa yang diimpikan semua.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin, pengurusan tertinggi KKDW dan agensi-agensi di bawahnya akan memastikan gagasan Madani disesuaikan dengan dasar-dasar dan program sedia ada serta baharu, malah diperhalusi sebaiknya agar ia jelas difahami ramai, boleh diukur prestasinya, dirasai hasilnya oleh kumpulan sasaran.

Menurut beliau, melalui Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seluruh jentera dan organ kerajaan kini mempunyai “arah” dalam memperincikan program dan gerak kerja masing-masing untuk mencapai aspirasi yang digagaskan sekali gus memberi manfaat rakyat dan negara keseluruhannya.

“Maka, KKDW sebagai sebuah kementerian yang amat penting dengan kumpulan sasaran yang besar, mempunyai tanggungjawab yang signifikan melalui agensi-agensi serta program-program yang ditawarkan untuk membina sebuah negara bangsa yang diimpikan semua.

“Suka saya ingatkan kepada semua bahawa kumpulan sasaran kita ini besar populasinya dan di luar bandar. Namun mereka tetap mempunyai impian yang sama untuk memperolehi kesejahteraan hidup selesa dan mencukupi seperti yang lain,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW Februari 2023 di Putrajaya pada Khamis.

Sementara itu, katanya Jumaat ini 10 Februari 2023 KKDW akan mengadakan sebuah bengkel strategik yang merangkumi beberapa aspek penting Kementerian untuk diperhalusi bersama bagi menjayakan agenda kementerian dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Manfaatkan bengkel ini sebaiknya dan kita pastikan output yang dikeluarkan nanti akan memberi keberhasilan kepada rakyat secara umumnya,” ujar beliau.

Susulan itu, bagi mencapai hasrat tersebut adalah penting bagi kita semua meraikan pembaharuan.

“Pembaharuan yang menyeluruh menuntut kita semua meraikan perubahan, baik dari segi program dan penyampaian Kementerian, tetapi juga sikap dan gaya kerja.

“Untuk KKDW terus maju, perubahan perlu diteruskan kerana dunia bergerak dengan pantas. Begitu pantas sehingga kehidupan rakyat juga turut berubah.

“Saya menyeru agar semua petugas kementerian dan agensi agensi dibawah KKDW untuk menyemai sikap dan penerimaan bahawa perubahan itu penting dan lebih penting perubahan itu diuruskan dengan baik dan berhati-hati bagi merealisasikan penambahbaikkan.

“Jangan takut menyuarakan pandangan demi penambahbaikkan. Biarpun sekecil-kecil perubahan, suarakan dan saya mahu ketua ketua harus raikan cadangan malah mencubanya sekira ianya meningkatkan produktiviti dan menaikkan kualiti penyampaian kepada kumpulan sasaran,” seru Zahid.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan hasrat agar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dapat diperkasakan seiring dengan perubahan masa dan kemajuan teknologi yang terkini agar ia menjadi relevan dan menepati kehendak kumpulan sasar.

“Pelbagai program yang KEMAS telah dan akan perkenalkan seperti program STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts & Mathematic) di TABIKA KEMAS bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak (PAK) dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran.

“Disusuli Program Jelajah Modul e-STREAM yang dimulakan pada tahun 2023 dengan penglibatan 2500 Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS seluruh Malaysia. Malah menjelang akhir sesi persekolahan 2023/2024 sebanyak 208,00 kanak-kanak akan mendapat manfaat dari program jelajah ini.

“Justeru itu, komitmen, kesepakatan dan kerjasama erat melalui pelbagai strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik adalah amat penting ke arah mencapai matlamat yang ingin disampaikan oleh KEMAS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat