Adik Zul Arif Terima Sumbangan RM10,000 Daripada Kerajaan Negeri Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyumbang RM10,000 kepada adik Zul Arif Abdul Jamil untuk menjalani pembedahan masalah usus.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, adik Zul Arif yang mengalami masalah usus telah menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Penyelidikan dan Penerbitan beliau iaitu Encik Wan Emril Nizam Wan Embong bersama Encik Suhaimi Abdullah.

“Saya telah mewakilkan Pegawai Penyelidikan dan Penerbitan saya iaitu Encik Wan Emril Nizam Wan Embong bersama Encik Suhaimi Abdullah untuk menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Zul Arif Firdaus Abdul Jamil yang berusia 10 tahun di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pagi tadi.

“Zul Arif Firdaus kini mengalami masalah usus dan terpaksa menjalani pembedahan.

“Saya doakan semoga Zul Arif Firdaus selamat menjalani pembedahan serta kembali pulih seperti sediakala. Insyaallah.” kata Wan Rosdy melalui perkongsian Facebooknya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat