TikTok dengan peminat

- Advertisement -

Siapa sangka, platform TikTok banyak membantu kerjaya seni seseorang anak seni dan antara yang turut menerima manfaatnya adalah penyanyi, Kay Khydir.

Berkesempatan bertemu dan menemu bual bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) baru-baru ini, Kay berkongsi suka duka perjalanan seninya sepanjang pandemik yang banyak dibantu dengan adanya aplikasi TikTok.

“Selepas dua tahun dunia diuji dengan Covid-19, apa yang boleh saya katakan, permulaan saya untuk bangkit semula dalam karier seni adalah menerusi program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3).

“Walaupun tidak dapat mara lebih jauh dalam program yang ditayangkan di TV3 itu, saya anggap itu sebagai tapak permulaan semula saya.

“Selepas itu, saya mula aktifkan diri dan berjinak-jinak sebagai pengguna TikTok dan di situ, ada beberapa impak yang saya rasakan untuk nama saya sebagai anak seni,” katanya.

Menurutnya, TikTok menjadi ruang di mana dia dapat kembali berinteraksi dengan peminatnya.

“Itu cara saya berkomunikasi dengan mereka. Bukan bererti saya ‘tersangkut’ di TikTok, tapi saya akui yang saya selesa untuk berinteraksi dengan peminat di situ,” katanya.

Menurutnya, kumpulan peminat yang digelar sebagai Kesayangan Kesayangan Saya (KKS) itu adalah penyokong yang sentiasa ada dengannya.

 

KAY kini hadir dengan single terbaharu berjudul Ulang.
KAY kini hadir dengan single terbaharu berjudul Ulang.

 

“Mereka adalah pembakar semangat dan penyokong saya. Dalam apa keadaan sekalipun, mereka sentiasa ada.

“Lebih menarik, ketika saya terbabit dalam konsert Todak Music and Friends baru-baru ini, saya rasa separuh daripada penonton yang datang adalah pengikut di TikTok saya,” katanya.

Terbaharu, Kay kini hadir dengan single berjudul Ulang yang turut menampilkan penyanyi, Shiha Zikir.

“Lagu Ulang ini adalah hasil ciptaan komposer, Iqie Hugh dan John Jeeves yang juga mencipta lagu Irama nyanyian Shiha Zikir.

“Apa yang boleh saya katakan, lagu Ulang ini membawa sisi berbeza dalam karier muzik saya yang mana nama saya lebih sinonim sebagai penyanyi lagu balada.

“Kerjasama dengan Shiha juga adalah satu peluang yang bagi saya sangat membanggakan dan saya begitu berbesar hati dengan kerjasama yang diberikannya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat