Nash reda terpaksa tangguh umrah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nash yang bekerjasama dengan agensi umrah, A&M Berkat Travel & Tours Sdn Bhd serta platform lagu-lagu nasyid, Islamic Tunes untuk membawa jemaah Malaysia ke Makkah terpaksa menangguhkan hasrat ini buat sementara waktu berikutan kes Covid-19 yang kembali meningkat.

Nash, 61, yang bakal menunaikan umrah buat kali keempat berkata, dia akur dengan keputusan kerajaan demi keselamatan semua pihak.

“Kalau ikutkan perancangan awal, saya sepatutnya dah pergi sekarang. Tapi disebabkan arahan kerajaan dan sebagainya, jadi kami tangguhkan dulu.

“Kami juga dalam proses nak pulangkan semula wang kepada mereka yang sudah bayar menerusi syarikat yang menguruskan mereka. Boleh dikatakan sebaik saya diberikan peluang bersama dengan jemaah umrah, sambutannya memang menggalakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Nash berkata, dia akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit dalam masa terdekat untuk mencari tarikh lain pula.

“Macam sebelum ini pun, jemaah saya dah ambil dos penggalak dan ikut apa saja saranan kerajaan. Tapi benda nak jadi apa nak buat.

“Saya tak rasa ralat kerana benda tak dijangka. Apapun saya berharap dapat pergi dalam masa terdekat bulan ini juga,” katanya.

Mengulas aktiviti terkini, Nash berkata, dia masih mengikut aktiviti jemaah tabligh.

“Saya masih keluar tiga hari untuk berdakwah. Kalau tak keluar, saya ikut pergi program usrah. Dalam masa yang sama, saya masih aktif menyanyi. Jika ada tawaran yang datang pasti saya akan terima,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat