“Bukan saya calon Pengerusi PN tapi sedia bantu sesiapa saja yang dipilih Pas – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau tidak akan memegang jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Pas pusat akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pemilihan Pengerusi PN itu pada minggu depan.

“Kita serahkan kepada Pas pusat untuk memilih calon, tetapi tidak semestinya saya…kita bersedia membantu sesiapa saja yang dipilih jawatankuasa tertinggi pada peringkat pusat,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di Marang dalam video yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat.

Hadi bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh mesyuarat terutama pemilihan Pengerusi PN.

Ditanya punca penangguhan mesyuarat, Hadi menjelaskan, PN sudah ketiadaan Setiausaha Agung selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut meletakkan jawatan.

“Dia orang (jawatankuasa Pas pusat) terlalu sangat hendak bergantung kepada saya, tetapi tidak apalah, saya serahkan kepada pusat untuk memilih calon Pengerusi PN,” ujar Hadi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat