Sanusi cuba sebar berita palsu, dongeng untuk kekal relevan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Sanusi Md Nor dikatakan cuba menyebar berita palsu untuk kekal relevan.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad malah berkata, Perikatan Nasional (PN) terus menerus menyebarkan kisah dongeng bahawa akan ada peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Terbaharu, Sanusi sekali lagi memberi bayangan wujudnya sebuah gerakan yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan.

“Sanusi mendakwa bahawa jumlah sokongan yang diperoleh daripada ahli-ahli Parlimen sudah mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran daripada Kerajaan Perpaduan.

“Dakwaan Sanusi jelas tidak berasas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada seramai 118 ahli Parlimen penyokong PN yang telah menandatangani Akuan Berkanun (SD) untuk datang menghadap Seri Paduka Baginda.

“Melalui penafian daripada Ketua Pembangkang, jelaslah Sanusi cuba menyebarkan berita palsu untuk kekal relevan,” bidas Nik Nazmi.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu bahkan mengingatkan pembangkang untuk fokus melaksanakan semak dan imbang.

“Sebagai pembangkang, sudah masanya PN fokus dalam memainkan peranan semak imbang terhadap kerajaan.

“Kerajaan pada hari ini memiliki majoriti dua pertiga, dan dipilih secara sah melalui pilihan raya.

“Malah permuafakatan ini bukan sahaja mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, ia juga selari dengan hasrat baginda untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh.

“Hari demi hari, bulan demi bulan, kisah ini didendangkan semata-mata untuk menjual mimpi kosong kepada Ahli-Ahli Parlimen dan penyokong PN,” kata beliau.

Nik Nazmi mengesyorkan agar Sanusi mendengar teguran Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin kepada beliau supaya menjaga mulut dan tidak mencetuskan kontroversi.

“Lebih baik PN fokus menjadi pembangkang yang berkesan di Persekutuan dan mentadbir negeri-negeri yang mereka pimpin.

” PN wajib berhenti membuat kacau-bilau dengan bermain isu sentimen agama dan kaum semata-mata,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat