Kerajaan akan biaya anak, cucu peneroka Felda lanjut pengajian di luar negara – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak atau cucu peneroka Felda yang layak akan dibiayai untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pelajar yang layak akan diberikan bantuan pembiayaan menerusi Mara, agensi bawah kementerian tersebut.

“Kita bersetuju untuk berikan pembiayaan kepada pelajar yang terdiri daripada anak cucu peneroka Felda untuk belajar di luar negara.

“Pembiayaan dan pinjaman (akan diberikan menerusi) Mara,” kata Zahid pada sidang media selepas pertemuan bersama kepimpinan tertinggi dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Shabery Cheek di Menara Felda pagi tadi, lapor FMT.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah salah satu bidang yang diberikan tumpuan dalam kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Felda.

Selain itu, kata Zahid, perkara lain yang dipersetujui dalam pertemuan itu termasuk koordinasi KKDW bersama Felda dalam mengendalikan kursus TVET untuk anak cucu peneroka, serta pembangunan kemudahan asas di 317 tanah rancangan Felda.

“Kita beri perhatian kepada generasi ketiga, empat, dan lima untuk bersama jalin kursus (TVET) baharu yang bersesuaian,” katanya.

Kerjasama KKDW-Felda akan turut membabitkan bidang keusahawanan, perladangan, serta kesiapsiagaan Felda bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat