ICJ bantah permintaan Israel tangguh bicara

- Advertisement -

AMMAN – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.

Perkara ini dilaporkan Agensi Berita Jordan (Petra) dengan memetik akhbar Israel, Yediot Aharonot pada Rabu.

Akhbar itu menyatakan bahawa Israel menjangkakan ICJ akan mengeluarkan arahan untuk menghentikan serangan pada Khamis, sambil menambah bahawa ia tidak berhasrat untuk mematuhinya.

Sebaliknya, Perbadanan Penyiaran Israel mengesahkan bahawa Israel akan menghantar pasukan undang-undang ke ICJ untuk memberi maklum balas terhadap permintaan untuk menghentikan perang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat