KDM sangkal terkait Langkah Dubai, Anwar dah lakukan terbaik – Peter Anthony

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menafikan bahawa parti itu terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan menerusi Langkah Dubai.

Susulan daripada itu, KDM telah membuat laporan polis terhadap dakwaan sebuah blog yang mengaitkan parti itu untuk menjatuhkan kerajaan.

Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony berkata, tiga barisan pimpinannya iaitu Naib Presiden, Henry Saimpon; Setiausaha Agung, Dr Gaim Lunkapis dan Ketua Penerangan, Dr Oswald Aisat Igau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Selasa.

“Laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat pihak pengendali blog atas kesalahan menghasut dan membuat kenyataan palsu.

“Dakwaan dibuat ini satu fitnah, saya ingin menegaskan sekali lagi, KDM tetap teguh di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau dalam pada itu berkata, sebarang gerakan atau tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan harus dielakkan.

Menurutnya, Anwar setakat ini telah memimpin negara dengan baik dan adalah tidak adil untuk menyingkirkan beliau yang baru setahun lebih mentadbir negara ini.

“Anwar adalah satu-satunya Perdana Menteri yang telah melakukan banyak perkara untuk Sabah dan Sarawak, yang mana kita tidak merasainya semasa pentadbiran terdahulu.

“Sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini hanya akan membantutkan usaha untuk membangunkan negara terutama dalam meningkatkan ekonomi,” katanya memetik Sinar Harian di Kota Kinabalu.

Katanya, pelabur kini sudah mula yakin dengan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dan sekiranya politik negara kembali bergolak, segala usaha kerajaan untuk menyelamatkan negara menjadi sia-sia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat