79 lagi tempat teduhan motosikal akan dibina -Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan berusaha untuk menyiapkan 79 lagi tempat teduhan di lebuh raya bertujuan untuk keselamatan penunggang motosikal semasa cuaca buruk.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad dalam lawatan kerja bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, meninjau salah satu daripada 40 lokasi teduhan penunggang motosikal di KM 11, Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

“Program ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Bitara MADANI yang bertujuan untuk keselamatan penunggang motosikal semasa cuaca buruk.

“Kerajaan berusaha untuk menyiapkan lagi 79 tempat teduhan pada tahun 2024.

“Terima kasih kepada syarikat-syarikat konsesi yang turut serta dalam usaha ini,” kata Hasni dalam kenyataan pada Jumaat.

Sasaran 40 daripada 119 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya bertol siap dibina di bawah inisiatif Bitara Madani menjelang 2024.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan.

Menurutnya, LLM dan syarikat konsesi lebuh raya menyahut inisiatif Bitara Madani dengan memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya khususnya penunggang motosikal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat