Sheila Majid dah sedia jadi nenek

- Advertisement -

Petaling Jaya: Datuk Sheila Majid, 57, sudah bersedia untuk bergelar nenek, namun masih belum ada rezeki menimang cucu.

Terdahulu, anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan melangsungkan perkahwinan dengan Nik Nuralia Nik Fauzi, Februari lalu.

“Cucu, belum lagi. Bila tanya, mereka (anak) kata nantilah, nak travel (melancong) lagi. Jadi, saya serahkan pada mereka bila masing-masing sudah sedia memiliki cahaya mata.

“Untuk saya, memang dah sedia nak jadi ‘grandma’ (nenek). Sentiasa bersedia. Anak saya, baru seorang yang sudah berumah tangga. Kayda belum lagi. Dia nak kumpul duit dulu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023, semalam.

Selain itu, Sheila juga turut mengimbau kenangan dua tahun lalu di awal kehadiran pandemik Covid-19 yang disifatkan membawa hikmah tersendiri buat dirinya.

“Ketika penularan Covid-19 pada Mac 2020 lalu, saya tak dapat ke mana-mana dan tidak sibuk dengan kerja. Saya duduk di rumah, menjaga Allahyarham ibu siang dan malam.

“Alhamdulillah, saya anggap ia satu rahmat yang juga rezeki Allah buat saya apabila betul-betul dapat luangkan masa sepenuhnya dengan arwah ibu selama lima bulan untuk jaga, mandikan dia dan buat apa saja untuknya.

“Pada 1 Ogos tahun itu, ibu saya yang berusia 96 tahun akhirnya dijemput Ilahi kerana sakit tua. Sebagai anak dapat menjaga arwah sepenuh masa di saat-saat akhirnya sebelum menutup mata, saya bersyukur Allah hadirkan peluang itu,” katanya.

Sheila berkata, dia memang ada sediakan jururawat dan juga pembantu rumah untuk menjaga ibunya apabila keluar bekerja, tapi tetap berdoa jika apa-apa berlaku kepada ibunya, biarlah waktu itu dia berada di Kuala Lumpur.

Ibu Sheila, Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, di sini, jam 4.30 pagi pada 1 Ogos lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat