Suami Isteri Antara 20 Penagih Dadah Ditahan AADK

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam serbuan di satu kawasan di daerah ini kerana positif dadah.

Pasangan yang masing-masing berusia 29 dan 26 tahun itu serta mempunyai tiga anak adalah antara 20 individu yang disyaki penagih yang ditahan dalam serbuan dalam operasi di sekitar kawasan Sungai Petani, Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda dan Bedong, semalam.

Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, operasi bermula 9 pagi hingga 8 malam itu disertai empat anggota yang diketuai Irdawati Abdul Hamid.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan kesemua 20 penagih yang terdiri dari 19 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 51 tahun.

“Kita tahan pasangan suami isteri itu selepas mereka didapati positif dadah jenis methampetamine.

“Kesemua 20 orang yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk menjalani ujian saringan awal air kencing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arnida, 10 daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morphine manakala 10 lagi positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Daripada jumlah itu, 15 yang ditahan akan di reman di lokap AADK Kuala Muda dan lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

“Kami menyeru kepada semua masyarakat supaya tampil ke Pejabat AADK daerah berhampiran untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat seterusnya mereka yang dikenal pasti terbabit dengan penagihan dadah boleh mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela di pusat pemulihan yang disediakan,” katanya.

Arnida berkata, masyarakat di daerah Kuala Muda khususnya boleh menyalurkan maklumat serta aduan melalui Talian Hotline AADK yang disediakan di talian 03-89112233 @ 019-6262233 ataupun hadir ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat