PAS Perak Akan Patuh Keputusan PAS Pusat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pas Perak akan mematuhi sebarang keputusan Pas Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu Perak, kata Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria.

Razman berkata pihaknya menyerahkan dan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan Pas Pusat.

“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan Perak adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh PAS Pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol itu berkata Pas Perak mendoakan semoga negeri itu terus sejahtera dan rakyatnya kekal aman dan diberkati.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata parti itu menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Kemelut politik negeri itu bermula selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul keyakinan yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat