KDA FC: Asalkan pemilik baharu mampu urus, tak ‘scam’ – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharapkan mana-mana yang berminat untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC agar benar-benar berkemampuan untuk menguruskan pasukan bola sepak itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu berkata, walaupun urusan pemilikan kelab itu tidak bersangkutan dengan kerajaan negeri, beliau mengingatkan akan tiada ‘tipu daya’ yang mungkin boleh berlaku.

“Kalau dia ada kemampuan untuk selesai masalah silakan, kita harap dan berdoa dia ada lah kemampuan itu. Jangan scam lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

“Macam scammer tak bagus lah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita, dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan (untuk ambil alih KDA),” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Alor Setar, pada Khamis.

Sanusi berkata, beliau bagaimanapun amat berharap agar ada sinar di hujung terowong untuk pasukan bola sepak itu terutama melibatkan kebajikan para pemain.

Tambahnya, pihak yang berminat untuk mengemudi KDA itu dimaklumkan ada berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Radhi Mat Din sebelum ini.

“Saya tak tahu (urusan pertemuan itu), dia tak berurusan dengan saya. Dia berjumpa Exco Sukan yang seterusnya Exco Sukan meminta dia berurusan dengan peguam KDA kerana perkara ini tidak berkaitan dengan kerajaan, sebab KDA bukan kerajaan punya,” lapor Utusan.

Awal bulan ini, KDA FC mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki kelab bola sepak itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.

Pemilik KDA, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, pemegang saham KDA FC tidak ada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat