Bersatu hanya gunakan Pas

- Advertisement -

GUAI – Bersatu dikatakan memperalatkan PAS dari segi jentera dan sokongan pengundi dalam kebanyakan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal ini terjadi kerana ahli PAS lebih ramai berbanding ahli Bersatu di seluruh negara.

“Bersatu mempergunakan PAS tetapi ia tentunya menguntungkan Bersatu. Sebab kita tahu dalam Perikatan Nasional (PN) Bersatu lebih dominan.

“Macam di Bera ini Bersatu tak ada jentera, bilik gerakan di Bera pun digerakkan oleh ahli PAS. Sebab itu saya seru ahli PAS pangkah calon Barisan Nasional (BN),” ujarnya ada sidang media selepas kenduri rakyat di Kampung Bohor Baru pada Selasa.

Naib Presiden Umno itu malah mengingatkan PAS peristiwa yang berlaku kepada mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“PAS sepatutnya belajar dengan apa yang jadi kepada mereka di Johor dan Melaka, mereka tak menang satu kerusi pun walaupun sebelum ini kerusi itu milik mereka.

“Tapi cita-cita (PN) ini besar konon nak lantik Menteri Besar wanita pertama di Melaka. Bahkan di Johor sebelum ini memang kubu kuat Bersatu pernah ada Menteri Besar dari Bersatu tapi PRN Johor, Bersatu dan PAS kalah teruk,” ujar Ismail Sabri.

Bahkan katanya dalam PRU15 mungkin PAS mengharapkan Bersatu dapat membawa kemenangan kepada mereka.

“PRU kali ni PAS harap Bersatu bawa kemenangan.

“Tapi mungkin Bersatu akan akibatkan mereka (PAS) kecundang tak menang kerusi.

“PAS diperalatakan oleh Bersatu.
Saya seru ahli PAS bagi lah undi kepada BN,” kata Ismail Sabri lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri ditentang calon dari Bersatu, Datuk Asmawi Harun dan Pakatan Harapan (PH), Abas Awang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat