Penjenamaan semula Jasa kekang berita palsu -KKMM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berfungsi sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi secara tersusun, strategik dan bersasar mengikut keperluan segmen masyararakat di semua lapisan.

Dalam satu kenyataan media hari ini KKMM menjelaskan tanggungjawab ini adalah amat penting dan kritikal lebih-lebih lagi ketika negara
sedang menghadapi krisis pandemik Covid-19 sepertimana sekarang.

“Penyebaran berita-berita palsu yang memecah belahkan keharmonian masyarakat
juga merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh masyarakat majmuk kita
hari ini.

“Jasa sebagai agensi kerajaan yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara juga berperanan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu melalui penyebaran maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat,” katanya.

Justeru, dalam konteks ini, Jasa telah dijenamakan semula bertepatan fungsinya kini.

Ujarnya, Jasa akan melaksanakan pengambilan pegawai dan kakitangan yang berkelayakan dan latihan untuk melahirkan pengamal komunikasi berkemahiran terutamanya dalam komunikasi media sosial dan digital.

“Hal ini bertujuan bagi menyebarluaskan maklumat-maklumat penting dalam usaha mendidik dan membudayakan norma baharu dalam kalangan masyarakat.

“Ini adalah amat penting dilaksanakan segera. Segala usaha ini juga akan terus menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat demi
negara, selari dengan Belanjawan 2021 bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama
ketika kita berjuang membebaskan negara daripada situasi pandemik ini,” katanya.

Perkara yang jadi pertikaian yakni peruntukan Jasa dalam belanjawan ini bertujuan bagi pengambilan lebih ramai kakitangan untuk ditempatkan di semua negeri dan daerah seluruh negara.

Bahkan katanya, ia termasuk pembangunan modul dan latihan kompetensi kakitangan, serta melengkapkan keperluan prasarana digital untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk komunikasi agar dapat disampaikan secara berkesan kepada semua lapisan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi.

“Selain itu, ianya juga melibatkan kos
operasi bagi menggerakkan kakitangan khususnya di kawasan-kawasan yang jauh
dan terpencil seluruh negara serta kos-kos lain yang diperlukan dalam penubuhan sebuah agensi baharu,” katanya.

Tambahnya, KKMM memahami keresahan rakyat terhadap fungsi-fungsi Jasa sebelum ini yang mungkin tidak dilaksanakan sebagaimana ditetapkan semasa pentadbiran terdahulu.

“Namun KKMM memberi jaminan kepada semua pihak bahawa penubuhan semula
Jasa dianggotai oleh pasukan yang tidak langsung bermotifkan politik ini bertujuan
untuk memperkukuhkan sahsiah dan pembangunan sosial masyarakat berbilang
bangsa.

“Jasa bertanggungjawab untuk mengadakan sesi-sesi libat urus dengan pemegang taruh termasuk pemimpin masyarakat sivil dan pemimpin komuniti setempat dalam mendapatkan input-input penting yang konstruktif bagi pembinaan negara bangsa,” katanya.

KKMM memberi keyakinan bahawa segala
perbelanjaan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan kerajaan yang akan diaudit.

“Sehubungan dengan itu, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada JASA sudah pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan fungsi dan peranan agensi berkenaan dengan berkesan.

“Peruntukan ini juga secara langsung akan memberi peluang pekerjaan di samping menggiatkan ekonomi yang memberi manfaat kepada pihak penyedia perkhidmatan dan pekerja secara keseluruhannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat