Penyokong King Sing marah Anwar, ancam tumbang PRU akan datang, dedah Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan amaran keras Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta kementerian berkait kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan telah mengundang kemarahan penyokong Ahli Parlimen Bintulu itu.

Firdaus Wong dalam hantaran di Facebooknya berkongsi komen yang diterjemahkan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu berhubung kemarahan netizen terhadap amaran keras Perdana Menteri membabitkan larangan hidangan arak dalam acara rasmi kerajaan.

“Penyokong Tiong King Sing marah Anwar kerana tegur – PM bagi amaran keras kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan menteri.

“Penyokong Tiong King Sing tak puas hati dan memaki hamun PM.

“Itulah sikap sebahagian mereka yang terpendam selama ini tetapi sebagaimana kertas tidak boleh membalut api, begitu juga senyuman manis membodek untuk projek tidak dapat membalut kebencian di dalam hati,” bidas Firdaus Wong dalam catatan itu.

Antara terjemahan komen-komen warganet merangkap penyokong King Sing berkata – “Kerajaan Madani? PM Madani? Kerajaan Konservatif, PM Konservatif? Puii ; “Adakah orang lain tak boleh minum arak kerana kamu tak boleh minum? Melindungi pegawai rasuah, kamu akan tumbang PRU seterusnya”; Lebih hijau dari gelombang hijau; Kamu sudah tidak mahu jadi PM! Penggal seterusnya bukan kamu! ; Jangan datang Sarawak untuk raih undi pada penggal seterusnya; Fikiran ekstremis, salah percaya kamu”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat