Chang Khim sindir Zahid serlah kebodohan politik, arak bukan hak individu dalam majlis rasmi kerajaan – Exco Pemuda

KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Teng Chang Khim yang menyindir teguran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu hidangan arak hanya menyerlahkan sikap keangkuhan politik lama DAP.

Exco Pemuda Umno Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail tegas, menolak sekeras-kerasnya percubaan mana-mana pihak untuk menjadikan arak sebagai simbol hak individu dalam konteks majlis rasmi kerajaan.

“Datuk Teng Chang Khim gagal memahami sempadan antara kebebasan bersuara dan menghormati kepercayaan agama orang lain.

“Malaysia bukan negara sekular bebas nilai, negara ini berasaskan Perlembagaan, yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Isu yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri bukanlah soal politik peribadi, tetapi prinsip asas menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Apa jua majlis rasmi kerajaan seharusnya mencerminkan nilai adab, hormat dan tatacara yang sesuai dengan kedudukan tersebut.

“Sindiran Chang Khim bukan sahaja gagal memahami semangat perpaduan, bahkan hanya menyerlahkan kebodohan politik dan kegagalan merasai denyut nadi rakyat,” selar beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Ketua Pemuda Bahagian Subang itu juga mengingatkan agar pemimpin DAP itu, tidak bermain api dengan sensitiviti umat Islam kerana kenyataan provokasinya itu boleh membakar semangat perkauman dan menggugat perpaduan nasional.

“Jika beliau tidak mampu mengawal lidah, maka lebih baik beliau berdiam daripada menjadi batu api yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Barisan Pemuda Umno berdiri teguh mempertahankan prinsip hormat agama, jaga maruah, pelihara perpaduan sebagai asas keharmonian negara.

“Jangan sampai kerana mulut celupar segelintir individu, kestabilan dan kehormatan yang kita bina selama ini hancur begitu sahaja,” bidas Fariz Hazurin.

Sebelum ini Zahid pernah menyebut, belum pernah majlis rasmi kerajaan hidang arak.

Chang Khim kemudian membalas, “bisa (boleh) berlaku di Malaysia sahaja, yang minum tak mabuk, yang tak minum mabuk”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat