Bekalan Air Pulih Di 251 Kawasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 251 daripada 274 kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, dengan peratusan pemulihan pada tahap 92 peratus sehingga jam 6 pagi tadi.

Kesemua kawasan terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, pada Ahad lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata peratusan pemulihan mengikut wilayah iaitu di Petaling mencatatkan pemulihan sebanyak 85 peratus, Hulu Langat 88 peratus, Kuala Langat 86 peratus, manakala Sepang dan Putrajaya 100 peratus.

“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memastikan 23 kawasan yang masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat mendapat bekalan air.

“Kita amat menghargai kerjasama pengguna yang menggunakan air secara berhemat dan memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan lancar serta lebih baik daripada yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk aplikasi dan media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook dan Instagram selain laman sesawang menerusi www.airselangor.com.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat