Pelakon popular Jepun positif Covid-19

- Advertisement -
PELAKON popular Jepun, Suzu Hirose, 22, disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mengalami sebarang gejala.

Hirose disahkan dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian virus berkenaan bersama rakan pelakon lain selepas terbabit dalam penggambaran baru-baru ini.

Menurut agensinya, pelakon itu tidak mengadu dia mengalami sebarang gejala sebaliknya mengakui kesihatannya baik-baik saja.

“Kami mohon maaf mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pekerja, rakan pelakon dan peminat,” kata agensinya dalam satu kenyataan.

Agensi terbabit memaklumkan mereka kini mengikut arahan pihak berkuasa untuk mematuhi segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pelanggan serta kakitangan mereka.

Hirose adalah antara bintang Jepun yang kini mencipta nama besar. Dia membintangi banyak drama serta popular menerusi filem adaptasi komik berjudul Chihayafuru.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat