Simulasi penerbangan terbaik

- Advertisement -

MENYENTUH genre permainan simulasi, ia mempunyai kumpulan peminat yang tersendiri kerana tidak ramai yang menyukai satu genre serius dan kadangkala ‘menyusahkan’ otak pemain dengan pelbagai mekanik permainan yang kompleks.

Simulasi penerbangan antara yang paling mencuri tumpuan peminat genre simulasi memandangkan kerjaya juruterbang adalah satu karier paling popular dalam dunia.

Microsoft Flight Simulator tidak perlu diperkenalkan lagi kerana judul berkenaan adalah penanda aras kepada semua penerbit genre terbabit memandangkan Microsoft tidak pernah gagal menerbitkan mekanik yang sangat mirip dengan dunia penerbangan sebenar.

Kemunculan siri terakhir simulasi penerbangan keluaran Microsoft adalah pada 2006 menerusi Flight Simulator X sebelum judul itu dibawa masuk ke platform dagangan permainan, Steam pada 2014.

Selama enam tahun peminat simulasi penerbangan menanti naskhah baharu daripada Microsof dan hasilnya, Microsoft Flight Simulator 2020 (MFS 2020) diterbitkan pada 18 Ogos lalu.

Penulis tidak terkecuali untuk melihat sendiri pembaharuan yang dilakukan syarikat gergasi berkenaan dan hasil amat mengagumkan apabila semua kesan grafik dan mekanik fizik dalam permainan itu adalah sangat mirip dengan dunia penerbangan sebenar.

Jika pemain memilik mod permainan ke tahap realiti, pemain akan mengawal keseluruhan kapal terbang bermula daripada prataklimat penerbangan, interaksi kepada menara kawalan dan ketika mendarat, semuanya terletak atas kecekapan pemain sebagai juruterbang maya.

Menyentuh aspek kesan grafik pula, Microsoft berjaya menghasilkan satu judul permainan yang memberi optimasi grafik terbaik yang pernah ada di pasaran termasuk gambaran bentuk muka bumi serta perubahan cuaca ketika penerbangan.

Pemain juga boleh memilih mana-mana lapangan terbang serata dunia untuk memulakan perjalanan daripada destinasi A kepada destinasi B mengikut keselesaan.

Bagaimanapun, penulis agak kecewa memandangkan simulasi berkenaan tidak mempunyai plot karier sebagai juruterbang maya dan seharusnya Microsoft menyediakan kandungan berkenaan dan tidak hanya tertumpu kepada penerbangan bebas.

Alangkah baiknya jika Microsoft mencipta satu keadaan bahawa pemain akan bermula sebagai juruterbang pelatih dan mendaki sehingga menjadi kapten berdasarkan kepada jam penerbangan dan penyelesaian objektif.

Itu antara kekecewaan penulis namun mungkin Microsoft tidak memasukkan elemen berkenaan untuk memberi konsep penerbangan bebas saja dan pemain boleh bermain secara ‘multiplayer’ bersama rakan atau pemain atas talian yang lain.

Secara keseluruhannya, MFS 2020 mempunyai kualiti permainan simulasi penerbangan terbaik setakat ini dan pemain yang baharu mencuba konsep simulasi ini dicadangkan untuk memiliki alat kawalan ‘Sidestick’ memandangkan pengawalan daripada papan kekunci dan tetikus adalah sukar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat