CYBERJAYA: Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Dr Aliakbar Gulasan dinamakan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik hari ini.
Pelantikan itu dan majlis angkat sumpah yang diadakan hari ini sekaligus melengkapkan pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Tahniah kepada Setiausaha PAS Sabah Aliakbar atas pelantikannya sebagai Adun (dilantik) mewakili Perikatan Nasional,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mukhtar Suhaili dalam satu catatan di Facebook.
Aliakbar yang berusia 49 tahun merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat dari 2015 hingga 2017.
Sebelum ini, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili membantah cadangan pelantikan wakil PAS untuk menganggotai kabinet atau DUN negeri itu.
Katanya, ini kerana PAS tidak bertanding dan tidak memenangi apa-apa kerusi DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu.
Maximus berkata pandangan itu juga telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor baru-baru ini.
Oleh itu, katanya kerajaan perlu mengambil berat kebimbangan masyarakat Sabah dan sekali gus mempertimbangkan implikasi dari segi perundangan serta politik akibat dari cadangan tersebut.
Berikut senarai anggota kabinet negeri Sabah yang mengangkat sumpah hari ini:
SPEAKER
Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya
AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI
1) Datuk Aripin Mohd Arif: Menteri Tugas-Tugas Khas
2) Datuk Jafry Ariffin: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
3) Ir Shahelmy Yahya: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
4) Datuk Yakubah Khan: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
5) Datuk Ellron Angin: Menteri Belia dan Sukan
PEMBANTU-PEMBANTU MENTERI
1) Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
i. Datuk Abidin Madingkir
ii. Datuk Wetrom Bahanda
2) Pembantu Menteri Kewangan
i. Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan
ii. Jasni Daya
3) Pembantu Menteri Kerja Raya
i. Datuk Limus Jury
ii. Robert Tawik @ Nordin
4) Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan
i. Datuk James Ratib
ii. Hendrus Anding
5) Pembantu Menteri Pembangunan Industri
i. Tamin @ Tamin Zainal
6) Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II
i. Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih
ii. Mohamad Hamsan Awang Supian
7) Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
i. Samad Jambri @ Jamri
ii. Harun Durabi
8) Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
i. Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai
9) Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
i. Datuk Julita Mojungki
ii. Flovia Ng
10) Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
i. Datuk Ruddy Awah
11) Pembantu Menteri Belia dan Sukan
i. Andi Muhammad Suryady Bandy
PENYERAHAN WATIKAH ADUN (DILANTIK)
1) Suhaimi Nasir
4) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
2) Raimie Unggi
5) Datuk Amisah Yassin
3) Jaffari Walliam
6) Dr Aliakbar Gulasan