Kes Covid-19 meningkat, Piala Malaysia ditunda

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara ini, saingan Piala Malaysia yang dijadualkan membuka tirai pada 16 Oktober ini ditunda kepada 25 dan 26 Oktober.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, penangguhan itu dibuat kerana MFL prihatin dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan ketika ini.

Berikutan itu, katanya, majlis undian saingan yang dijadualkan pada 12 Oktober turut ditunda pada 19 Oktober.

Mengesahkan perkembangan itu, beliau berkata kejohanan paling tertua di Asia Tenggara itu terpaksa ditunda susulan pindaan jadual perlawanan membabitkan aksi terakhir Liga Super.

Katanya, penangguhan juga dibuat kerana badan pengendali liga itu amat prihatin dengan situasi semasa pandemik Covid-19 di negara yang agak membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan kes.

Pada masa sama, MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super melibatkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang telah diisytihar zon merah Covid-19.

“MFL meminda tarikh perlawanan membabitkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu disebabkan Kota Kinabalu sudah diisytihar zon merah COVID-19. Venue perlawanan juga akan dimaklumkan nanti berikutan Kota Kinabalu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pindaan turut membabitkan aksi antara Perak menentang Kedah dan Terengganu FC (TFC) menentang Pahang berdasarkan faktor perebutan tempat kedua Liga Super dan perlawanan menentukan kedudukan bagi undian Piala Malaysia.

“Perlawanan Perak menentang Kedah dan TFC bertemu Pahang yang sebelum ini dijadualkan pada 10 Oktober (Sabtu) akan dipinda pada 11 Oktober (Ahad). Pihak Sekretariat MFL sedang mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pasukan bagi penjadualan semula dan tarikh itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat sebelum undian Piala Malaysia.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan semasa COVID-19 yang sedang meningkat dan MFL berprihatin kepada permasalahan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, format Piala Malaysia tahun ini terpaksa dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat